Sunday, September 6, 2009

Tiga golongan yang Allah tidak memandangnya di hari akhirat dan tiga golongan yang tidak akan masuk syurga

Tiga (orang) yang Allah tidak memandangnya pada hari kiamat ialah:
1. Orang yang durhaka kepada orang tuanya
2. Orang perempuan yang kelaki-lakian yang berserupa dengan laki-laki
3. Orang yang tidak punya cemburu

Dan tiga (orang) yang tidak masuk syurga ialah:
1.Orang yang durhaka kepada orang tuanya
2. peminum khamar dan
3. Orang yang suka mengungkit-ungkit dengan apa yang telah diberikannya
(Shahih HR Ahmad, Nasaa-i dan hakim dari Ibnu Umar)

Kalau kita melihat dari hadis tadi maka kita mengetahui bahawa murka Allah kepada orang-orang tersebut. Pada masa ini kita sering melihat bahawa ramai umat islam sekarang mengambil mudah peringatan Allah ini. Allah swt menyuruh kita supaya berbuat baik kepada kedua orang tua dengan taat kepada mereka selama ianya tidak bertentangan dengan aqidah islam. Kita juga dilarang untuk menderhaka kepada mereka walaupun dengan berkata ah sekalipun yg boleh menyebabkan terguris hati mereka sebab durhaka kepada orangtua tidak hanya dibenci oleh Allah swt namun Allah menjanjikan orang tersebut tidak akan masuk ke dalam syurga Allah swt.

Di era sekarang ini, kita juga dihadapi dengan pemandangan yang tidak sesuai dengan fitrah manusia iaitu ramai orang perempuan yang menyerupai lelaki. Apakah maksud orang perempuan yang menyerupai lelaki tersebut? Apakah mereka ingin berubah seperti lelaki secara fitrah? Mungkin ada benarnya bahawa ada segelintir perempuan yang merubah alat kelamin mereka dengan menggunakan pembedahan sehingga serupa dengan lelaki dan ini tidak menghairankan di era teknologi yang serba canggih masa kini. Akan tetapi, Allah sangat membenci perempuan yang perangainya, pakaiannya dan percakapannya yang juga menyerupai kaum adam. Allah mewajibkn kaum hawa untuk menutup auratnya sebagaimana yang terdapat di dalam quran dan banyak hadis-hadis nabi yang mewajibkan wanita supaya menutupi auratnya dan melarang mendedahkanya. Apakah mereka kelihatan cantik apabila orang lain memandang tubuh mereka? Apakah mereka ingin menjadi hidangan bagi mereka yang ada penyakit di dalam hatinya? Fikir-fikirkanlah wahai kaum hawa.

Kemudian ialah orang yang tidak punya cemburu. Di dalam hadis lain ialah diantara orang yang sungguh Allah telah mengharamkan surga atas mereka ialah orang yang tidak mempunyai sifat cemburu yang membiarkan kemesuman dalam keluarganya (HR Ahmad dari Ibnu Umar)

Kita juga mengetahui bahawa tidak hanya di dalam quran namun di dalam kitab taurat dan injil pun Allah telah mengharamkan khamar dan melarang umat manusia untuk meminumnya. Namun di dalam taurat dan injil mereka telah merubah hukum dengan tangan-tangan ulama mereka sehingga hukum Allah yang mangharamkan khamar tidak berlaku bagi orang yang meminumnya. Yang menyedihkan ialah berapa ramai umat islam yang tidak mengambil berat hukum meminum khamar ini. Astagrfirullah...

Yang terakhir ialah Orang yang suka mengungkit-ungkit dengan apa yang telah diberikannya. Ini juga merupakan suatu penyait di dalam masyarakat kita. Setiap kali setiap kali ada musibah ramai orang yang mengambil peluang untuk membantu saudara mereka yang malang tersebut. Akan tetapi bagi pihak-pihak tertentu mereka menggunakan peluang ini untuk mendapatkan simpati dan penghargaan dari masyarakat awam seolah-olah mereka membuat kebajikan didalam masyarakat dengan diperlihatkan dan disebut-sebut bantuan mereka di media massa. hal ini sangat bertentangan dengan hukum syara' kerana hal itu boleh menyebabkan timbulnya perasaan riya' dan takabur di dalam hati mereka. Sebagaimana kita mengetahui bahawa syirik yang palaing ringan ialah perasaan riya'.

Dari penjelasan hadis yang saya utarakan tadi marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar dari hadis rasullullahtersebut. Sebetulnya banyak lagi hadis yang seumpama itu yang terdapat di dalam kitab Al-Jami'us Shagir Kitab Imam Jaaluddin Abdurrahman ibn Abi Bakr As Suyuti akan tetapi rasanya sudah memadailah hadis tersebut sebagai renungan bagi kita bersama.

No comments:

Post a Comment