Monday, November 30, 2009

Terima Kasih

Tak terasa kita sudah masuk dalam bulan Dzulhizzah atau bertepatan dengan penghujung tahun 2009 dan tiada lama lagi kita akan memulakan tahun baru 2010. Belakangan ini kita dihadapkan dengan beberapa peristiwa tidak hanya di peringkat global namun di tanah air kita sendiri pun kita masih hanyut di dalam arus perdana terutamanya di dalam arus sesat menyesatka dan kafir mengkafirkan sesama umat islam.

Ana merasa sedih dengan fenomena ini tatkala masih banyak lagi tugas selaku umat islam untuk melaksanakan kerja yang lebih besar daripada itu. Tahun 2009 memberikan banyak pengajaran kepada ana kerana banyak detik-detik hitam yang ana lalui yang mana pastinya sangat mendukacitakan. Kepedihan dan kesedihan ana lalui namun ana mencuba untuk sentiasa tabah dan berharap akan pertolongan dari Allah swt. Walaupun ana berusaha untuk melupakan detik-detik hitam itu namun sebagai seorang insan yang lemah yang tiada berdaya ini, hal seperti itu seperti sudah terpahat di dalam hati ana.

Cinta yang selama ini ana cari dan harapkan semuanya hancur bagaikan debu yang berterbangan ditambah lagi dengan musibah demi musibah baik dari sahabat maupun yg terjadi di dalam keluarga ana. Sampai saat ini ana masih blm dapat melupakan segala kenangan yang pernah ana rasakan. Ana menganggap semua yang berlaku itu adalah kehendak yang Maha kuasa sebab hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik untuk ana. Oleh sebab itu ana selalu ridho dengan apa yang telah berlaku tersebut.

Mungkin dengan kejadian peristiwa itu jugalah ana mencuba untuk menjauhkan diri dari sebarang keinginan untuk mencuba kembali seperti yang pernah ana lakukan untuk mengelak dari kepedihan yang mugkin bakal berulang kembali. Entah sampai bila, ana sendiri pun tidak tahu mungkin sampai Allah membukakan hati ana kebali ke arah itu insyaallah. Ana berbuat demikian sebab ana faham bahawa ana mengetahui segala kekurangan ana dan ingin memperbaiki segala kekurangan itu sebelum melayari arus yang penuh dengan tantangan tersebut.

Ana ingin memohon maaf kepada mereka yang pernah tersakiti hatinya disebabkan oleh ana dan hanya kepada Allah jualah ana berharap supaya mereka yang pernah tersakiti hatinya itu mendapat kasih sayang dari Allah swt amin ya robbal 'alamin. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ana ini.