Wednesday, September 16, 2009

Salam semua


Malam ni ialah malam terakhir Ramadhan ana di Kuala Lumpur kerana esok ana sudah pulang ke muar. Malam ini juga malam terakhir ana beri'tikaf di Masjid Al-falah taman cempaka dan hari ni jugalah mungkin tulisan terakhir ana di bulan puasa ini. Sungguh memilukan hati kerana tidak dapat bersama rakan-rakan untuk beri'tikaf dan berbagi pengalaman dengan kawan-kawan di blog ini. Ana masih berharap semoga Allah memberi kekuatan kepada ana untuk mendapatkan pahala malam lailatul qadar yang menjadi impian seluruh umat islam.

Dalam tulisan ana kali ini ana berpesan kepada diri ana dan raka-rakan yang lainnya supaya marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasullullah saw yang telah ditinggalkan dan mungkin bagi sesetengah pihak hal ini ialah ranting di dalam agama. Mugkin kita patut menjadikan motto kita seperti "Hidupkanlah sunnah, tinggalkanlah bid'ah" atau yang seumpama dengan itu supaya ianya dapat menjadikan motivasi kepada kita untuk berjuang di jalan Allah dan meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang beriman kepadanya.

Kita mungkin merasa seperti takut untuk melaksanakan hal tersebut kerana takut akan didakwa oleh sebahagian masyarakat seperti golongan muda. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dalam melaksanakan agama Allah yang murni kerana para nabi, sahabat dan ulama-ulama yang muktabar dahulupun mengalami nasib yang serupa. Kita harus menerima hal itu sebagai ujian dari Allah yang tujuannya ialah untuk mengetahui sejauh mana tingkat keimanan kita terhadapnya. Tapi yakinlah bahawa Allah selalu bersama-sama dengan hambanya yang selalu sabar dan taat kepadanya.

Sebelum berpisah saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidil fitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga, rakan dan kepada sesiapa sahaja yang secara sengaja dan x disengaja pernah tersakiti hatinya oleh ana. Semoga dengan datangnya syawal nanti kita semua telah menjadi fitrah di sisi Allah swt.

No comments:

Post a Comment